Cuba Jawab

Bab 1: Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa
Soalan Aneka Pilihan


1.Semua aktiviti yang dilaksanakan menjurus ke arah pencapaian integrasi nasional negara dalam kalangan pelajar, kecuali...
A.menyertai kempen gotong- royong di sekitar sekolah.
B.mengadakan rumah terbuka untuk setiap kaum di negara.
C.mengibarkan bendera Malaysia setiap tahun semasa Hari Kemerdekaan.
D.menyertai semua aktiviti dalam latihan khidmat negara. 
2.Cara yang paling sesuai untuk melaksanakan pendidikan pelbagai budaya di sekolah adalah______________________.
A.menyekat perhubungan antara kaum
B.menggalakkan pemahaman antara kaum
C.menyepadukan kandungan pelajaran daripada pelbagai budaya
D.memupuk budaya sekolah berasaskan kumpulan etnik yang terbesar di sekolah. 
3.Yang manakah antara punca berikut menyebabkan gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah?
i.Media massa
ii.Penyempurnaan kendiri
iii.Latar Belakang keluarga
iv.Pengaruh rakan sebaya
A.i dan ii
B.i, ii dan iii
C.i, iii dan iv
D.ii, iii dan iv
Soalan Struktur

1(a)Huraikan secara ringkas maksud kepelbagaian budaya.
1(b)Senaraikan empat cabaran yang akan dihadapi oleh seorang guru apabila mengajar  
       sekumpulan pelajar daripada pelbagai budaya.
Soalan Esei

Dalam era globalisasi dan modenisasi, pelajar terdedah kepada pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang pesat. Huraikan lima faedah yang boleh diperoleh oleh pelajar akibat daripada perkembangan ini. 







Bab 2: Guru dan Perundangan

Soalan Aneka Pilihan


1.Yang manakah antara berikut merupakan matlamat utama Peraturan Tatalakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)?
A.Menjaga imej penjawat awam
B.Menjamin keberkesanan organisasi
C,Meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam
D.Pegawai awam dapat melaksanakan tugas dengan cekap.
2.Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, terdapat beberapa jenis sekolah. Jenis yang manakah menerima sumbangan modal daripada kerajaan?
A.Sekolah kerajaan
B.Sekolah kebangsaan
C.Sekolah jenis kebangsaan
D.Sekolah bantuan kerajaan
3.Berikut ialah implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan, kecuali...
A.kurikulum diselaraskan
B.peperiksaan yang sama
C.pendidikan swasta diberi perhatian
D.pendidikan prasekolah diperluas
Soalan Struktur

1.Nyatakan dua bentuk gangguan seksual.
2.Jelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan seperti yang termaktubkan dalam Akta 
   Pendidikan 1996.
Soalan Esei

Seorang guru berhajat mengajar di sebuah pusat tuisyen. Jelaskan apa yang perlu dilakukan oleh guru tersebut sebelum beliau memulakan tugasnya di pusat tuisyen tersebut?



Bab 3: Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid
Soalan Aneka Pilihan

1.Konvensyen Hak Kanak- kanak mengandungi empat prinsip. Yang manakah bukan prinsip yang terkandung dalam konvensyen tersebut?
A.Kanak-kanak mempunyai hak kehidupan.
B.Kanak-kanak tidak haraus didiskriminasikan.
C.Kepentingan terbaik kanak- kanak mesti diutamakan.
D.Kanak- kanak diberi peluang untuk membela diri daripada ketidakadilan.
2.Penggubalan Akta Kanak- kanak 2001 (Pindaan 2002) mewajibkan______.
A.ibu bapa memastikan masa depan kanak- kanak terjamin.
B.pengusaha taman asuhan menyediakan kelengkapan yang mencukupi.
C.perlindungan dan pemulihan kanak- kanak diberi perhatian serius oleh kerajaan.
D.pihak yang bertanggungjawab membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan  
   kanak-  kanak.
3.Berikut ialah usaha- usaha kerajaan dalam melindungi kanak- kanak, kecuali...
A.merancang Pelan Tindakan Negara(NPA)
B.mengadakan Akta Pusat Jagaan Kanak- kanak.
C.menubuhkan pasukan perlindungan kanak- kanak.
D.mewajibkan kanak- kanak berusia 7 tahun dihantar ke sekolah.
Soalan Struktur

1.Nyatakan dua kesan gangguan emosi dalam kalangan kanak- kanak.
2.Nyatakan misi Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Soalan Esei

1.Bincangkan peranan guru dalam menangani kanak- kanak yang mempunyai gangguan 
   emosi.
2.Dalam konteks Malaysia, huraikan usaha- usaha yang dijalankan untuk memberikan 
   perlindungan kepada kanak- kanak sepertimana yang tertulis dalam Konvensyen Hak 
   kanak- kanak 1989.




Bab 4: Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
 
Soalan Aneka Pilihan

1.Seorang guru novis mungkin menghadapi tekanan emosi kerana belum bersedia untuk 
   menanggung beban tugas yang mencabar. 
   Yang manakah antara sebab berikut merupakan penyumbang utama kepada tekanan  
   emosi guru novis?
A.Kurang bimbingan daripada guru yang berpengalaman.
B.Keengganan guru bekerjasama dengan guru novis.
C.Persaingan antara guru berpengalaman dengan guru novis.
D.Pengiktirafan tidak diberikan kepada guru novis walaupun layak.
2.Guru A sering berhadapan dengan rakan sekerja yang amat sukar untuk bekerjasama  
   dan mereka menyebabkan guru A tertekan.
   Cara manakah paling sesuai dipilih oleh guru A untuk menangani situasi tersebut?
A.Bertengkar dengan rakan sekerja tersebut.
B.Memberikan teguran terhadap sikap rakan sekerja.
C.Melaporkan tindakan rakan sekerja kepada pihak atasan.
D.Mencuba elakkan daripada bekerja dengan rakan sekerja tersebut.
3.Dalam era globalisasi dalam pendidikan, guru kerap menghadapi tekanan stres kerana_________.
A.beban tugas yang diagihkan tidak sama rata kepada guru.
B.kurang berkemampuan menanggung tanggungjawab yang mencabar.
C,kerja- kerja perkeranian terlalu banyak hingga tidak dapat fokus.
D.persaingan amat ketara dalam mengejar kedudukan di sekolah.
Soalan Struktur

1(a)Guru sering kali dibebani tugas yang terlalu banyak sehingga mereka mengalami   
       burnout.
       Terangkan secara ringkas mengenai burnout.
1(b)Nyatakan tiga tanda- tanda yang menunjukkan seseorang guru mengalami burnout.
Soalan Esei

Sebagai guru yang bertanggungjawabm anda diberi banyak tugas untuk diselesaikan. Huraikan cara- cara yang menunjukkan anda boleh menguruskan tanggungjawab tersebut supaya tidak akan mengalami tekanan stres.



Bab 5: Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan
Soalan Aneka Pilihan

1.Inovasi dalam pendidikan dapat dilaksanakan melalui penggunaan_______.
A.Sumber Internet dan multimedia.
B.Aktiviti pembelajaran yang mencabar minda.
C.Strategi pengajaran berasaskan pengalaman.
D.Bentuk penyampaian pembelajaran tidak formal.
2.Pembelajaran melalui penggunaan Internet, komputer da alat komunikasi lain dikenali sebagai______________.
A.penaksiran kendiri.
B.penaksiran prestasi.
C.penaksiran melalui portfolio
D.penaksiran melalui komputer
3.Penaksiran pembelajaran yang dapat membantu guru mengenali keupayaan sebenar pelajar dapat dilaksanakan melalui______________.
A.penaksiran kendiri
B.penaksiran prestasi
C.penaksiran melalui portfolio
D.penaksiran melalui komputer
Soalan Struktur

1.Persekitaran pembelajaran akan sentiasa berkembang dan berubah selaras dengan 
   perkembangan teknologi digital.
   Nyatakan tiga perbezaan antara persekitaran pembelajaran maya dengan persekitaran   
   pembelajaran personal.
Soalan Esei

Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) merancang inovasi dan perubahan dalam sistem pendidikan khususnya sistem pembelajaran dan penilaian pembelajaran ke arah yang lebih holisitik dan berfokus kepada perkembangan individu dan pembinaan modal insan.
Beri pandangan anda tentang inovasi dan perubahan yang disarankan serta kesannya terhadap pengajaran- pembelajaran dan perkembangan pelajar.



Bab 6: Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan
 
Soalan Aneka Pilihan

1.Perubahan pendidikan yang berlaku bergantung pada keperluan sesebuah negara. Dalam konteks masyarakat Malaysia, perubahan diperlukan untuk mencapai perkara- perkara yang berikut.
I.Mendepani cabaran dan kepesatan era TMK.
II.Demi kestabilan politik dan kuasa kerajaan yang memerintah.
III.Meningkatkan daya produktiviti dan kualiti.
IV.Pembinaan modal insan yang mampu meraih kemewahan dan kekayaan.
V.Sumber manusia yang mempunyai ketahanan menghadapi cabaran.
A.I,II dan IV
B.I,III dan IV
C.I,III dan V
D.I,IV dan V
2. Semua pernyataan berikut adalah betul mengenai inovasi,kecuali...
A.pendekatan yang bermanfaat kepada manusia.
B.revolusi dalam pemikiran, proses dan organisasi.
C.melibatkan prosedur bekerja dan menjimatkan tenaga,masa dan kos.
D.pemikiran yang mendorong manifestasi dan perubahan yang kompleks.
3.Padanan yang berikut adalah paling tepat dalam menunjukkan tindakan seseorang pemimpin dengan strategi perubahan yang dipilih. 
A.Strategi pujukan- memberikan prestasi cemerlang.
B.Strategi kekuasaan- penggunaan komputer di dalam kelas.
C.Strategi kekuasaan- larangan merokok di kawasan sekolah.
D.Strategi memudah cara- ikhlas meminjamkan wang kepada guru baharu.
Soalan Struktur

1. Sekolah Berprestasi tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai tradisi  
budaya kerja(i)___________yang mampu melahirkan(ii)__________(iii)__________cemerlang(iv)________(4)unggul. 
2. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai menekankan penghayatan (i)________yang menepati prinsip Rukun Negara yang (ii)____________serta prinsip yang kelima (iii)_______________dan (iv)____________________.
 Soalan Esei

Sejauh manakah anda berpendapat bahawa pendidikan guru telah mengalami perubahan sehingga berjaya melahirkan guru yang kreatif dan inovatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan