Isnin, 9 Mac 2015

PENGENALAN

     Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr  Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.  

           Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
        Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh.  
        Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

Jumaat, 6 Mac 2015

PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN



Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Ia adalah hasil cetusan idea - idea yang kreatif dan inovatif dalam mana - mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Idea - idea ini boleh merangkumi apa - apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.


INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN








Merupakan penghasilan baru.

Berbentuk maujud dan mujarad.

Berdasarkan proses penyusunan semula.

Dengan menggunakan unsur yang sedia ada.

Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai.

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU








Menurut Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID






Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah. 


Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. 


Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.

GURU DAN PERUNDANGAN







Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. 


Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. 


Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada  2002. 


Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.


Khamis, 5 Mac 2015

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA


                              





Usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang   agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar.


·          
      Penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif)
·     pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.


·    Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang  sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. 

·    Memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara.

·   Pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.